Jika anda menerima bungkusan yang anda tidak pesan, mungkin ia adalah kes aktiviti brushing. Berikut adalah langkah yang anda perlu lakukan dengan segera:
📍 Definisi
Aktiviti Brushing: Tindakan mencipta pesanan palsu untuk meningkatkan angka jualan. Bungkusan dari pesanan palsu ini mungkin dihantar kepada pembeli yang tidak tahu.
1. Semak laman Pembelian Saya anda untuk mengesahkan bahawa pesanan tidak dibuat dengan akaun Shopee anda dan bahawa penjual tidak menghantar barang yang salah kepada anda.
Langkah 1: Pergi ke tab Saya
Langkah 2: Klik pada Pembelian Saya
2. Jika ia dibuat dengan akaun Shopee anda tanpa pengetahuan anda, akaun anda mungkin telah disusupi. Tukar kata laluan akaun Shopee anda dengan segera dan hubungi khidmat pelanggan Shopee melalui saluran di bawah untuk sokongan lanjut.
3. Semak jika ahli keluarga/rakan telah memesan bungkusan tersebut sebagai hadiah, atau memesan barang tersebut bagi pihak anda.
4. Jika anda telah melakukan langkah-langkah di atas dan tiada yang berkenaan dengan anda, laporkannya kepada kami dengan menghubungi kami melalui saluran di bawah halaman ini.
5. Jika anda mendapati bungkusan yang mengandungi barang haram, sila membuat laporan kepada polis dengan segera.
6. Anda dibenarkan untuk membuang barang tersebut kecuali jika anda diperintahkan oleh pihak yang berkaitan untuk simpan barang tersebut. Anda tidak perlu mengembalikan bungkusan tersebut kepada Shopee atau penjual.
Cara untuk melindungi diri dari aktiviti brushing dan aktiviti pesanan palsu:
- Tukar kata laluan akaun Shopee anda secara berkala.
- Pantau bil kad kredit anda, penyata akaun bank, akaun Shopee, dan akaun ShopeePay anda bagi sebarang transaksi yang tidak dibenarkan.
- Jangan bayar untuk bungkusan yang anda tidak pesan.
- Elakkan daripada berkongsi maklumat peribadi, seperti alamat rumah anda, dengan orang asing atau pihak yang tidak berkenaan.
Shopee menganggap aktiviti brushing sangat serius dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melanggar dasar anti-brushing kami.